Tuesday 6 August 2013

Bahang Aidilfitri Kian Terasa ?

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia 
untuk semua pengikut dan juga pembaca setia blog farah.


Wah, lagi berapa hari je ni umat Islam akan menyambut 
kedatangan 1 Syawal iaitu Hari Raya Aidilfitri yang jatuh pada 8 Ogos 2013.
Bahang Aidilfitri sudah kian terasa sejak lagu-lagu raya di mainkan
di stesyen-stesyen radio dan juga di kaca televisyen.
Farah pasti bukan sahaja kanak-kanak yang paling tidak sabar 
menunggu akan kedatangan Hari Raya tersebut, malahan di setiap peringkat umur juga.

Bagi yang sudah selamat sampai awal di kampung halaman,
sudah tentu terlepas merasai kesesakan lalu lintas.
Hari ini juga pasti ramai yang pulang ke kampung halaman untuk mengelakkan
kesesakkan lalu lintas terutamanya di malam raya nanti.
Pesanan dari farah untuk semua, hati-hati di jalan raya ya,
pandu cermat, jiwa selamat. Biar kita lambat, asalkan selamat okey ? :)

Pada adik-adik mahupun kakak n abang,
kalau korang nak tahu, farah takut sangat dengan segala bentuk mercun.
Hehehe... Pernah juga niat kat hati nak cuba main,
tapi hasrat hati ni tak dapat diteruskan kerana perasaan takut menganggu hati.
Entah kenapa, adik farah boleh pulak dengan "slumber"nya ajak farah
ikut serta main mercun kat depan rumah.
Ya Allah, farah apa lagi kan, cepat-cepat la tutup telinga dan berlari naik ke "balcony"
dan hanya melihat gelagat adik farah sahaja daripada atas.
Sampai bila-bila pun, memang farah tak kan main mercun,
dan bunga api tu mungkin main mungkin juga tak. Hahaha...


Akhir kata farah nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin
yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi kepada semua.
Maafkan segala salah silap farah ya.

Jaga diri selalu, wassalam.